Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) ke-5, tahun 2026, Insya-Allah akan menghimpunkan atlet-atlet dari semua daerah di Negara Brunei Darussalam untuk bertanding di acara SKBD ke-5. Majlis perasmian SKBD ke-5 akan diadakan pada 8 November 2026, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Sebanyak tujuh kontinjen akan menyertai SKBD ke-5 ini iaitu:-
– Kontinjen Daerah Brunei & Muara
– Kontinjen Daerah Belait
– Kontinjen Daerah Tutong
– Kontinjen Daerah Temburong
– Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
– Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei
– Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam
Sebanyak 10 acara sukan akan dipertandingkan iaitu:-
– Akuatik
– Badminton
– Bola jaring
– Bola sepak
– Futsal
– Karate
– Olahraga
– Pencak silat
– Sepak takraw
– Tarik kalat
SKBD diharap akan dapat mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi untuk bertanding di acara-acara sukan serantau dan antarabangsa.
