Keputusan HECAS IPTA Kemasukan Januari 2027 Dikeluarkan

1 minit

Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan pengambilan melalui HECAS bagi kemasukan Januari 2027 bagi sesi akademik 2026/2027 bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Islam Sultan Sharif ‘Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) telah dikeluarkan pada hari Selasa, 3 November 2026.

Sehubungan itu, pemohon-pemohon boleh mengakses akaun HECAS masing-masing bagi mengetahui status permohonan.

Pemohon yang berjaya hendaklah memberikan jawapan menerima atau menolak tawaran sebelum hari Rabu, 11 November 2026.

Manakala pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan boleh menghadapkan rayuan selewat-lewatnya pada hari Sabtu, 7 November 2026.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan pengurusan HECAS di talian 238 1992 atau 238 1124 pada waktu pejabat.