Penggantian Meter Air Pintar Giat Dilaksanakan

1 minit
industrial pressure gauge and piping system
Gambar: Kamil Čičila di Pexels.com

Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Air kini sedang giat melaksanakan penggantian meter air lama kepada meter air pintar USMS sejak tahun 2022.

Mulai 6 November 2026, kerja-kerja penggantian meter air pintar akan mula dilaksanakan di Daerah Temburong secara besar-besaran sebelum dilaratkan ke daerah-daerah lain.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk memberikan kerjasama agar penggantian meter air pintar ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Orang ramai juga disarankan untuk menyediakan bil air lama dan kad pengenalan bagi memudahkan proses pendaftaran ketika penggantian meter air pintar dilakukan di premis pelanggan.