Penanaman padi hibrid oleh penghuni penjara Brunei

TUTONG, Sabtu, 26 September. – Jabatan Penjara melalui Bahagian Pemulihan dan Reintegrasi Penjara hari ini melakar satu lagi langkah penting dalam memperkukuh usaha pemulihan penghuni menerusi pelancaran Projek Penanaman Padi Hibrid di Penjara Maraburong.

Inisiatif berkenaan menyediakan platform pembangunan kemahiran dan pengalaman praktikal kepada penghuni, di samping menyokong aspirasi Negara Brunei Darussalam (NBD) dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta pembangunan modal insan yang berdaya tahan dan produktif.

Baca selanjutnya di Pelita Brunei