Pesta Pantai Lumut Mulai 6 November Ini

1 minit

Bagi menyokong kempen tahun melawat Brunei 2027, Majlis Perundingan Kampong (MPK) Lumut 2 dengan kerjasama MPK Lumut 1, Lumut 3, Sungai Liang dan Rancangan Perumahan Negara Lumut Kawasan 1, 2 dan 3 akan mengadakan Pesta Pantai Lumut selama tiga hari mulai 6 hingga 8 November 2026.

Pesta berkenaan akan diadakan di Peranginan Pantai Lumut dengan perisian aktiviti kebudayaan seperti persembahan Sarunai dan Tambur, Kugiran, aktiviti perkhemahan dan pelbagai aktiviti menarik.

Disamping itu pesta ini memberi peluang kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana untuk menjalankan aktiviti perniagaan serta diharap dapat menjalin dan merapatkan silaturrahim diantara sesama penduduk kawasan berkenaan khasnya.