JKR Jalankan Pemeriksaan Paip Air

1 minit

Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Air memaklumkan bahawa berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Daerah Tutong terutamanya Binturan dan Penanjong, Tutong.

JKR melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan untuk mengenal pasti punca gangguan dan berkemungkinan terdapatnya paip bocor di sekitar laluan paip air di kawasan lebuhraya.

Penduduk di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemat bagi kegunaan harian.