
Kita bukan benci dengan anjing. Mereka juga adalah makhluk Tuhan yang ingin hidup seperti makhluk lain dan sudah menjadi sebahagian daripada hidupan yang ada disekitar manusia.
Namun pada situasi tertentu, kehadiran anjing cukup mengkhuatirkan terutama sekali apabila ia merupakan sejenis anjing liar, ganas dan membuat kerosakan.
Begitulah yang dirasakan oleh pengguna-pengguna Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Jambatan Sungai Kebun) yang merasa tidak selesa dan terancam keselamatan dengan kehadiran seorang individu yang sering saja berada di jambatan tersebut bersama anjing-anjing peliharaannya.
Beberapa insiden telah berlaku seperti serangan anjing terhadap pengguna jambatan itu ketika sedang melakukan aktiviti sukan.
Orang ramai terpaksa menghumbankan bekas kepada anjing itu bukan untuk bertujuan menyakiti tetapi menghalang dan meleraikan serangan anjing terhadap mangsa.
Pengguna berharap pihak yang relevan dapat mengambil tindakan yang wajar agar pengguna lain akan dapat menggunakan jambatan tersebut dengan selesa dan selamat terutama sekali sewaktu beriadah seperti bersukan dan sebagainya.
