Saudi Diserang: Dua Maut, Lapan Cedera

1 minit

Salah seorang rakan saya sepatutnya sudah berangkat terbang ke Saudi bagi menunaikan ibadah umrah. Namun pihak penerbangan Brunei telah menangguhkan penerbangan berikutan konflik yang berlaku di Saudi. Tak apa, mungkin ada hikmah. Insya-Allah, bila keadaan dah reda nanti, akan ada rezeki beliau dan jemaah lain untuk pergi ke tanah suci.

Baru ni je ada laporan pada Rabu semalam, Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam telah diserang dan menyebabkan dua maut manakala lapan lagi cedera. Ada diantara mangsa yang cedera ringan dan serius.

Manakala dua mangsa yang maut pula adalah seorang warganegara Saudi dan seorang yang lain pula warganegara India.

Dammam merupakan hab industri minyak utama Saudi. Mungkin itu laa sebabnya lokasi tersebut diserang.

Setakat ini belum lagi ada kenyataan rasmi siapa dalang serangan tersebut.