MCMC Gesa Video Serangan Dipadam Segera

1 minit

Kita tidaklah perlu menjadi nombor satu atau yang paling depan untuk memuat naik kandungan yang langsung tidak mendatangkan faedah, apatah lagi jika ianya berunsur keganasan dan apa sahaja yang mencetuskan kebimbangan awam.

Di Malaysia, MCMC menggesa agar individu yang memuat naik video mengenai insiden yang berlaku di salah sebuah sekolah di Kuching, Sarawak dipadamkan dengan kadar segera.

Video itu memaparkan serangan pelajar terhadap guru dan melibatkan senjata merbahaya.