Orang ramai kini masih boleh terus menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza. Tempoh pelaksanaan tabung berkenaan dilanjutkan mulai 19 Oktober 2026 hingga 18 April 2027.
Setakat 18 Oktober 2026, jumlah kutipan bernilai B$8 juta dan sebahagiannya iaitu B$1.3 juta telah disalurkan bagi bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui ‘air-drop’ dalam bentuk paket makanan yang sedia dimakan.
Derma tabung kemanusiaan ini boleh disalurkan melalui SMS talian DST, Progresif dan Imagine; serta tabung-tabung di masjid-masjid, surau-surau, balai ibadat; tabung di gedung-gedung perniagaan; bangunan-bangunan awam; dan bank-bank.
