Prabowo, Presiden Indonesia berkata bahawa Indonesia merupakan sebuah negara yang sopan dan bersabar meskipun sudah berkali-kali dihina.
Indonesia sering kali diperkatakan sejak kebelakangan ini kerana menjadi punca keadaan jerebu di negara jiran akibat daripada aktiviti pembakaran hutan.
Menurut Prabowo, nama syarikat yang terlibat dalam insiden pembakaran hutan yang luas itu akan didedahkan apabila tiba masanya. Beliau juga telah mengarahkan untuk melakukan siasatan mengenainya.
