Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa senarai kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke luar negeri (umum) bagi sesi akademik 2027/2028 telah dikeluarkan.
Tatacara permohonan, syarat-syarat dan senarai kursus boleh didapati melalui laman sesawang rasmi kementerian berkenaan di https://www.moe.gov.bn.
Pendaftaran akan dibukakan sekitar bulan Januari 2027.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 238 0019 atau e-mel scholarship@moe.gov.bn.
