Saya ada terbaca pada ruangan Threads mengenai seorang pengguna merasa kecewa dengan pelan prabayar Progresif yang dikenali sebagai Yo! Prepaid, menawarkan pek combo (combo pack) yang kononnya “unlimited talk ‘n’ text”.
Setelah mencari informasi melalui laman sesawang rasmi Progresif, memang betul pada laman muka prepaid mobile, dinyatakan bahawa combo pack sememangnya merupakan pelan gabungan data bersama panggilan dan sms tanpa had. Memang dalam fikiran kita, ya ini pasti unlimited dan tidak perlu khuatir untuk menghadkan penggunaannya.
Namun terdapat tanda bintang (*) pada tajuk pelan dan nota pendek pada sebelah kiri bawah kotak pelan menyatakan “Fair Usage Policy applies”.
Setelah membuat carian dan membaca informasi pada ruangan FAQ mereka, dinyatakan bahawa pihak Progresif telah memperkenalkan FUP baharu iaitu panggilan dan sms berkuota seperti berikut:
- One Mobile Combo Pack 1GB: 1,000 minit panggilan dan 500 sms
- One Mobile Combo Pack 5GB: 1,500 minit panggilan dan 525 sms
- One Mobile Combo Pack 10GB: 2,000 minit panggilan dan 550 sms
- One Mobile Combo Pack 25GB: 4,000 minit panggilan dan 1,000 sms
Oleh yang sedemikian, kita selaku pelanggan hendaklah sentiasa memeriksa dan mengetahui terma & syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang langganan.
Jujur, saya sendiri pun baru tahu mengenainya.
