Beli Kad SIM Easi DST Tanpa Isi Kredit?

1 minit

Terkejut apabila ada netizen muat naik kenyataan mengenai membeli pek kad SIM Easi, DST di kedai wakil penjual yang sah tetapi pek SIM tersebut tidak mempunyai sebarang isian kredit. Menurut wakil penjual, pek SIM tidak termasuk isian kredit.

Pihak DST memberikan kenyataan balas melalui media sosial Threads bahawa setiap pek SIM disertakan dengan isian kredit $10.

Oleh itu pelanggan yang membeli pek SIM daripada pengedar sah (selain dari DST) hendaklah memastikan bahawa mereka mendapat isian kredit. Jika tidak, mereka boleh membuat aduan kepada DST melalui talian perkhidmatan pelanggan 151.