Ramai Yang Jadi Pening Akibat Hidu Asap Kebakaran

1 minit
Gambar AI mengenai penduduk memerhatikan bomba memadamkan kebakaran ladang ganja di Pattaya Thailand pada September 2026.
Gambar: AI

Ok guys, kali ini bukan pasal kebakaran di Kalimantan ye.

Al-kisah pada 25 September lalu, ada satu kebakaran berlaku. Menurut seorang wanita berusia 47 tahun dan enggan dikenali, dia menyedari percikan api keluar dari kotak elektrik sebelum terdengar bunyi seakan letupan dan api merebak dengan pantas. Lepas tu dia terus buat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Menurut laporan, pihak bomba mengambil masa sekitar 30 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Apa yang menariknya lagi ialah, sebilangan anggota bomba, petugas penyelamat, pegawai polis dan penduduk yang berhampiran pening dan sakit kepala selepas terhidu dengan asap kebakaran.

Normal ke? Mungkin je. Biasa lah, asap kan. Toksik, ada karbon monoksida kot.

Tapi ni, bukan asap biasa. Mereka pening, sakit kepala atau entah apa terkesan kerana asap kebakaran itu bukan biasa-biasa. Kebakaran itu sebenarnya berlaku di ladang ganja. Jadi tak hairan lah, yang mereka hidu itu ialah asap daripada ganja yang telah terbakar.

Mujurlah tiada yang cedera pada insiden itu.

Oh ya, kejadian berlaku di Thailand.