Selamat Hari Guru 2026

1 minit
Imej AI mengenai guru yang sedang mengajar anak murid mereka.
Imej: AI

Alhamdulillah, di tahun 2026 ini sekali lagi kita berpeluang mempunyai rezeki untuk meraikan sambutan Hari Guru ke-36 dengan tema “Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi”.

Seperti lazimnya, sambutan hari guru ini jatuh dan diadakan pada setiap 23 September. Disaat ini, kita sering mengenang kembali jasa-jasa guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kita dan generasi baharu. Usaha gigih mereka untuk mendidik kita dan anak-anak tidak terbalas dengan apa jua sekalipun kerana jasa mereka itu sangat berharga dan begitu bermakna.

Benarlah bahawa guru itu ibarat pelita yang menyuluh kehidupan ini. Kita pada asalnya berada di jalan yang gelap dan kosong. Tidak tahu hendak ke mana. Dengan adanya guru, mereka menerangi titian kita dan menunjuk ajar ke arah mana kita akan menjadi insan yang berjaya dan berguna.

Islam sendiri mengajarkan kita untuk mencari ilmu. Kerana dengan ilmu itu kita akan bahagia di dunia. Dan dengan ilmu itu juga kita akan bahagia di akhirat. Dari siapa ilmu itu? Tentulah jawapnya GURU.

Islam juga mengajarkan kita untuk sentiasa mendoakan guru. Mari kita doakan, semoga Allah memberikan kesejahteraan, darjat tinggi, limpahan rahmat, afiyah dan ampunan kepada semua guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu mereka kepada kita sama ada mereka yang masih hidup atau yang telah kembali kepada Maha Pencipta.