Penyanyi Cinta Muka Buku Hadapi Buli Siber

1 minit

Siapa yang tidak kenal dengan Najwa Latif, sosok individu yang pernah sohor suatu ketika dulu dengan lagu Cinta Muka Buku. Saya sendiri berkali-kali mendengarnya dan tidak dinafikan, juga sampai sekarang. Bukan lagu itu saja, yang selalu saya dengarkan juga ialah lagu nyanyian beliau, Ada Mu.

Najwa Latif, seorang pensyarah Bahasa Inggeris tidak terkecuali menjadi mangsa buli siber. Terdapat netizen yang membandingkan fizikal beliau selepas bersalin dengan selebriti lain.

Najwa juga terharu dengan sebilangan netizen yang masih mempunyai hati nurani untuk mempertahankan beliau.

Sumber:
Sinar Harian

Artikel tambahan:
Kosmo
HMetro
Gempak