
Sebelum ini dikenali sebagai Aluminium OS. Dan kini pula Google melancarkan Googlebook OS. Ia dibina berasaskan Android 17 dan mengambil elemen ChromeOS.
Pengguna nanti tidak perlu khuatir kerana Google akan memberi jaminan untuk memberikan sokongan selama 10 tahun.
Antara yang menarik ialah interface Googlebook itu nanti akan hampir serupa dengan Android pada telefon pintar seperti notifikasi boleh dipaparkan melalui tarikan skrin dari sebelah kiri atas. Manakala tetapan pantas (quick setting) melalui tarikan skrin dari sebelah kanan atas.
Gemini Intelligence pula akan membolehkan pengguna untuk membuat carian dalam peranti dengan lebih pantas.
Selain itu menariknya lagi Googlebook disertakan dengan Magic Pointer. Kegunaannya ialah apabila pointer digoyangkan, ia akan melancarkan ciri Circle to Search. Jadinya pengguna boleh membuat carian gambar yang terpampang atau menjana imej melalui Gemini AI.
Rambler pula sama fungsinya seperti yang terdapat pada Pixel. Dengan Rambler, pengguna tidak perlu susah untuk menaip perkataan menggunakan keyboard. Cukup dengan suara sahaja. Bagusnya, Rambler akan membuat pembetulan jika terdapat perkataan yang salah. Selain itu, Rambler juga tidak akan memasukkan frasa kosong seperti “errr”, “ermmm”, “aah” dan sebagainya.
Ciri lain pula ialah Continue On. Ciri ini membolehkan pengguna untuk meneruskan pekerjaan atau tugasan tanpa perlu memasang (install) aplikasi di Googlebook. Semuanya akan begitu mudah untuk sync. Jadi, mudahlah pengguna untuk membuat sebarang kerja pada telefon, kemudian nak sambung pada Googlebook.
Paling penting ialah, Android 17. Jadi kalau nak nikmati semua ciri ni, upgradelah ke Android 17.
