Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Hilang

1 minit

Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dipercayai keluar rumah.

Gambar: Pelita Brunei

Remaja berkenaan ialah Nurul Izzatul Aina binti Rusli, berusia 19 tahun dan memegang kad pengenalan kuning bernombor 01-160142.

Sebarang maklumat mengenainya bolehlah menghubungi Balai Polis Kampong Ayer di talian 220 2333, atau talian kecemasan polis 933 atau dengan mengunjungi mana-mana balai polis berdekatan.