KATHMANDU: Sembilan hari selepas banjir kilat melanda Sungai Trishuli di tengah Nepal, pasukan penyelamat pada Jumaat berjaya mengeluarkan dua lelaki yang masih hidup dari terowong di Projek Hidroelektrik Trishuli 3A, sekali gus mencetuskan harapan bahawa masih ada mangsa lain yang mungkin terperangkap di dalamnya.
Ahli Parlimen Parti Rastriya Swatantra dan jurutera, Shri Ram Neupane, kedua-dua lelaki itu dikenal pasti sebagai penyelia mekanikal, Sanjay Sah dan penyelia mekanikal, Kabir Maharjan, Neupane berkata, pasukan penyelamat menerima maklumat bahawa masih ada individu lain di dalam terowong berkenaan dan usaha mencari mangsa diteruskan.
Operasi menyelamat itu susulan perkembangan positif sebelum ini apabila pasukan penyelamat terdengar suara dari dalam terowong dan berjaya berkomunikasi dengan individu yang dipercayai terperangkap di situ.
Lebih lengkap di sini.
