KOTA TINGGI: Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Redha, Bandar Penawar, hari ini meneruskan ikhtiar dengan melaungkan azan dan menunaikan solat sunat Dhuha, solat hajat serta bacaan Surah Yaasin bagi membantu mencari dua lagi remaja yang masih hilang selepas dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat, di sini.
Guru Pendidikan Islam, Mohd Azroy Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif itu secara sukarela buat hari kedua berturut-turut selepas melihat pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa dengan kepakaran masing-masing, selain keluarga mangsa yang turut berikhtiar mencari mereka.
Lebih lanjut di sini.
