Gangguan Bekalan Air di Sebahagian Daerah Brunei & Muara

1 minit

Jabatan Kerja Raya memaklumkan kepada orang ramai bahawa pada masa ini terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Daerah Brunei & Muara.

Pihak jabatan pada masa ini sedang menyiasat punca gangguan dan akan memaklumkan melalui saluran rasmi sebaik saja dapat mengenalpasti punca gangguan.

Orang ramai boleh melayari laman Instagram rasmi jabatan berkenaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kawasan yang terjejas.