Pembelajaran Dari Rumah Dilaksanakan

1 minit
Imej: AI

Berikutan dengan kualiti udara yang agak membimbangkan kerana masalah jerebu yang berterusan, institusi pendidikan rendah, menengah, maktab dan ugama di bawah kendalian Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan melaksanakan sesi pembelajaran dari rumah.

Sesi pembelajaran dari rumah (home based-learning – HBL) ini akan bermula pada hari Rabu, 2 September hingga Khamis, 3 September 2026. Institusi pendidikan berkenaan akan melaksanakan kaedah HBL melalui pembelajaran dalam talian (on-line) atau pek pembelajaran rumah (home learning pack – HLP).

Dua kementerian berkenaan akan sentiasa memantau keadaan udara semasa dan akan membuat makluman terkini selepas pemantauan kualiti udara pada Jumaat, 4 September 2026.