Ada Yang Fikir Mereka Tidak Punya Kereta dan Golongan Asnaf

1 minit

Aznira Zakaria, 34 memuat naik kandungan untuk berkongsi momen bahagia bersama suami, Mohammad Lokman Mustafa, 38 dan anak-anak mereka: Muhammad Syakil Danial, 11; dan Sarah Daisha, 6.

Mereka sekeluarga menaiki motosikal untuk ke Dataran Putrajaya bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Tidak disangka muat naik yang dibuat telah menarik perhatian warganet sehinggakan sebahagian warganet berfikir bahawa mereka sekeluarga tidak memiliki kereta dan golongan asnaf.

Padahal keputusan untuk menaiki motosikal adalah untuk memudahkan urusan parkir dan mengelak kesesakan.

Muhammad Syakil Danial merupakan anak yang berstatus orang kurang upaya autistik kelihatan sangat teruja menyaksikan perarakan kontinjen dan pertunjukan udara.

Menunaikan impian anak sangat menyeronokkan meskipun berhimpit duduk di atas motosikal.

Sumber: Harian Metro