Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan pantaran air terjun, taman peranginan Tasek Lama telah siap dilaksanakan.
Usaha pembaikan dibuat bagi memastikan keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan pengguna dan pengunjung taman peranginan berkenaan.
Orang ramai adalah diharapkan untuk sama-sama menghargai dan menjaga kebersihan kemudahan awam yang telah disediakan.
Sumber: Jabatan Bandaran, BSB
