Jika disenaraikan, memang begitu banyak. Cuma saya memilih satu insiden dimana ia menjadi sokongan mental yang sangat berharga sewaktu saya memerlukannya.
Di tahun 2022, ketika itu saya disahkan positif Covid-19 untuk kali pertama dan terpaksa kuarantin diri di rumah. Kebetulan juga pada waktu itu ayah saya sedang berada di rumah sakit dan sudah berada hampir penghujung hayatnya sebelum kembali kepada Sang Pencipta. Semoga Allah memberikan ampunan, rahmat dan darjat yang tinggi di Syurga ke atasnya.
Selepas solat Maghrib, saya menerima panggilan telefon daripada ibu saudara sebelah ibu mengesahkan bahawa ayah saya telah pergi buat selamanya. Saya hanya mampu mendengar khabar itu dan berdoa memandangkan saya tidak mempunyai keupayaan untuk ziarah ke rumah sakit kerana perintah kuarantin.
Jadi saya membuat keputusan untuk ziarah di permakaman sahaja. Ketika itu perintah larangan keluar rumah telah dilonggarkan sedikit. Jadi saya boleh keluar rumah, cuma tidak boleh untuk bergaul dengan orang ramai.
Ketika upacara pengurusan jenazah, tanpa disangka tiga orang rakan telah hadir ziarah, dan inilah merupakan sokongan mental yang sangat berharga disaat saya amat memerlukannya.
Mereka bertiga bukanlah rakan yang begitu rapat dan bukan juga yang disebutkan bestfriend. Tetapi mereka telah membuktikan bahawa rakan biasa pun boleh menjadi yang terbaik melalui sokongan moral.
Menghadapi ujian ditimpa sakit bukanlah mudah tambahan lagi kebetulan dengan pemergian insan yang rapat dalam pertalian keluarga.
Terima kasih, dan segala jasa itu amat dihargai. Biarlah memori tersimpan dan bahu menanai kenangan itu. Semoga Allah saja membalas jasa mereka semua.
