Cipta WhatsApp Stickers Dengan ChatGPT

1 minit
chat gpt ai system
Gambar: Patrick Gamelkoorn di Pexels.com

ChatGPT kini menambah ciri perkhidmatan mereka iaitu mencipta dan menjana pelekat WhatsApp (stickers) melalui imej yang dimuatnaik.

Kesemua pengguna ChatGPT termasuk pengguna percuma boleh memuatnaik gambar sendiri melalui ruangan Images pada ChatGPT kemudian memilih Stickers.

ChatGPT akan menjana prompt secara automatik dan memberikan hasil dalam bentuk PNG yang boleh digunakan sebagai WhatsApp sticker.