Shoara

Indonesia Sokong Tindakan Pencipta Kandungan Malaysia Dedah Sisi Sebenar Lombok

Di mana-mana pun, pengembara termasuk pempengaruh hanya akan melihatkan (mempertontonkan) keindahan, kecantikan dan kemewahan suatu tempat yang mereka kunjungi. Sedikit atau hampir tidak ada kandungan yang melihatkan situasi sebenar apatah lagi jika tempat itu lazimnya menjadi tumpuan pelancong.

@noitpippo Kami sengaja dibiarkan miskin dan bodoh. #ceritauntuknoah ♬ original sound – Noitpippo | The Documentarian

Seorang pencipta kandungan (konten) dari Malaysia telah pergi ke Lombok, Indonesia dan memuatnaik kandungan mengenai sisi gelap Lombok yang sebenarnya. Netizen Indonesia tidak merasa marah, malah mereka lebih merasa senang dengan tindakan itu kerana sudah mula melihatkan realiti selain hanya keindahan dan kecantikan.

Meskipun Lombok dikenal dengan visual pantai yang indah, namun penduduk di wilayah itu sebenarnya merana untuk mendapatkan bekalan air bersih dan yang menyihatkan. Sebahagian mereka terpaksa untuk membeli air bersih dan ada diantaranya mengambil air bersih bersumberkan saluran paip yang terdapat di pesisir kawasan bukit.

Selain daripada masalah keperluan asas tersebut, terdapat juga masalah lain yang mana kanak-kanak berusia seawal 8 tahun terpaksa meninggalkan bangku sekolah hanya kerana jarak perjalanan yang agak jauh dan menelan perbelanjaan tinggi untuk kos pengangkutan.

Sumber: Pihak ketiga