Seramai 296 calon Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1447H/2026M telah lulus peperiksaan dan akan menjalani sesi pengajian akademik tahun 5 bagi sesi pengambilan tahun 1448H/2027M.
Daripada jumlah tersebut, seramai 150 orang calon pelajar lelaki dan 146 orang calon pelajar perempuan lulus untuk ke sekolah arab.
Ibu bapa dan penjaga calon bolehlah mendapatkan keputusan peperiksaan calon melalui sekolah masing-masing pada 11 November 2026.
Calon yang berjaya boleh mengambil borang di sekolah-sekolah arab tadahan dan mengembalikannya tidak lewat daripada 21 November 2026.
Waktu pengambilan borang ialah:-
Isnin hingga Khamis
8.30 pagi – 12.00 tengah hari
2.00 petang – 4.00 petang
Sabtu
8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat pengambilan borang pula adalah seperti berikut:
Daerah Brunei & Muara:
–
–
Calon lelaki di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba.
Calon perempuan di Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Bandar Seri Begawan
Daerah Tutong:
–
Calon lelaki dan perempuan di Mahad Islam Brunei
Daerah Belait:
–
Calon lelaki dan perempuan di Sekolah Arab Belait
Daerah Temburong:
–
Calon lelaki dan perempuan di Sekolah Arab Temburong
Bagi calon dari Sekolah Al-Falaah boleh mengambil dan mengembalikan borang di Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar tidak lewat daripada 19 November 2026.
