Kenaikan Gaji Minimum Sebanyak RM300

1 minit
illustartion of stacks of coins and an arrow
Gambar: crazy motions di Pexels.com

Malaysia telah mengumumkan mengenai kenaikan gaji minimum sebanyak RM300 bermula Jun 2027 iaitu daripada RM1700 (BND532.75) sebulan kepada RM2000 (BND626.77) sebulan.

Lebih empat juta pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati kenaikan gaji minimum ini.

Walaubagaimanapun, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pendapatan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberikan ruang penyesuaian model perniagaan.