Video Tular Pasukan Polis Diraja Brunei Adalah Palsu

1 minit

Saya terbaca satu warta berita di Media Permata mengenai video tular yang memaparkan pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Tidak pasti apa sebenarnya yang dipaparkan pada video tersebut.

PPDB menegaskan bahawa video tular tersebut direka dan dijana oleh Kecerdasan Buatan (AI). Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai sebarang hantaran di media sosial selain daripada maklumat yang dikeluarkan melalui platform rasmi.

Video tular tersebut telah dimuatnaik melalui TikTok dan mendapat tontonan ramai. Ada kemungkinan video itu juga tersebar pada platform lain seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi talian Anti-Scam Hotline 16993 untuk mendapatkan kesahihan dan melaporkan sebarang kecurigaan.

Sumber: Media Permata