Letupan di Amber Hills

1 minit

Satu tragedi yang tidak dijangka telah berlaku pada pagi Khamis, 8 Oktober 2026. Satu letupan besar berlaku berasal dari satu blok bangunan baharu Amber Hills, di Batu Bersurat Brunei telah mengejutkan penduduk sekitar. Menurut orang ramai, bunyi letupan juga kedengaran di beberapa kampung yang berdekatan.

Informasi beredar dengan cepat selepas berlakunya insiden letupan. Dipercayai insiden itu berlaku sebelum jam 7 pagi.

Setakat ini dua atau tiga orang pekerja salah sebuah kedai roti terkorban dan mungkin sedang mendapat rawatan. Menurut sumber, mereka berada di premis bagi membuat persediaan sebelum memulakan operasi perniagaan.

Sumber punca letupan dipercayai daripada saluran gas bocor. Walaubagaimanapun ianya masih dalam siasatan.

Ke semua entiti perniagaan di premis tersebut diarahkan ditutup sementara atas alasan keselamatan.