Piala Dunia FIFA 2026 yang kini hangat menjadi tontonan di seluruh dunia dinikmati oleh penonton-penonton di setiap negara melalui rangkaian penyiar rasmi. Seperti di Negara Brunei Darussalam, Piala Dunia FIFA 2026 boleh ditonton melalui saluran RTB Aneka dan RTBGo LIVE. Manakala negara jiran Malaysia pula, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penyiar rasmi yang menyiarkan program tersebut melalui RTMKlik, begitu juga rakan penyiar mereka, Unifi TV.

Namun disebalik kemudahan dan hak siaran itu tambahan lagi ianya percuma, terdapat pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan menonton saluran rasmi penyiar dengan menggunakan VPN ketika penonton sebenar tidak berada di negara penyiar rasmi.
RTM komited untuk mengawal penyiaran ini dengan menubuhkan kerjasama bagi membanteras dan menyekat akses tontonan dari luar negara yang menggunakan VPN.
RTM dan rakan penyiar Unifi TV menjadi penyiar rasmi bagi penonton-penonton yang berada di Malaysia sahaja. RTM juga menghormati hak penyiaran seperti yang telah ditetapkan.