Shoara

Yuran Langganan Netflix Meningkat Namun Kandungan Juga Dikemaskini

Imej: Wikimedia

Netflix ditahun 2026 ini terus giat untuk meningkatkan mutu dan kandungan penstrimannya untuk menghiburkan pelanggan dan penonton mereka. Pelbagai kandungan baharu diterbitkan untuk tahun ini seperti One Piece musim kedua dan Bridgerton musim ke-empat.

Selain itu Netflix juga mendapat sambutan hangat bagi kandungan baharu seperti Jo Nesbø’s Detective Hole, Something Very Bad Is Going to Happen dan filem fenomena global Peaky Blinders: The Immortal Man.

Namun untuk menikmati semua ini, pelanggan sekali lagi tahun ini harus berkorban untuk meningkatkan bajet langganan apabila Netflix menaikkan yuran langganan pada bulan Mac yang lalu.

Netflix juga terpaku apabila Paramount Skydance merampas Warner Bros. Discovery pada saat-saat akhir.

Harap-haraplah selepas ini Netflix akan lebih bertindak pantas untuk menerbitkan lebih banyak lagi kandungan-kandungan menarik dan terkini.