Integrated Communications Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama INCOMM akan menutup cawangan mereka di Seria, Brunei. Tarikh akhir operasi mereka ialah Juma’at, 19 Jun 2026.
Terdapat keresahan yang diluahkan oleh pengguna melalui media sosial yang mana mereka mungkin akan mengalami kesulitan untuk membuat tambahan pra-bayar perkhidmatan utiliti dan pembayaran bil lain. Ini dipercayai sebilangan pelanggan merupakan warga emas, individu yang kurang celik perkhidmatan atas talian dan mereka yang tidak mempunyai akses perkhidmatan dalam talian.
Menurut hantaran di media sosial, pelanggan cawangan berkenaan bukan hanya dari kawasan berdekatan, malah datang dari setiap tempat di daerah berkenaan seperti dari Kualat Belait, Lumut, Labi dan daerah jiran, Tutong.
Orang ramai boleh cuba untuk mencari alternatif bagi pembayaran bil dan tambahan pra-bayar melalui ejen berdaftar yang rasmi yang lazimnya terdiri daripada peniaga-peniaga runcit dan sederhana.