Shoara

Ketahui Sumber Garam Awda

Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, adalah disyorkan untuk mengambil garam kurang daripada satu sudu teh (5 gram garam atau 2,000 miligram sodium) sehari.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan meningkatnya risiko penyakit jantung dan strok.

Gambar: AI

Garam terdapat pada kebanyakkan makanan harian kita melalui kandungan sodium. Tahukan awda:-

  • 1,385 mg sodium terkandung pada sebungkus mee segera
  • 1,000 mg sodium terkandung pada sebiji telur masin
  • 880 mg sodium terkandung pada tiga sudu makan corned beef
  • 295 mg sodium terkandung pada sebungkus kecil keropok ubi kentang
  • 243 mg sodium terkandung pada sebungkus kecil keropok udang tempatan
  • 120 mg sodium terkandung pada satu cawan kentang goreng
  • 116 mg sodium terkandung pada segenggam kacang tanah masin (bergaram)
  • 15 mg sodium terkandung pada tiga keping kraker beras
  • 2.4 mg sodium terkandung pada setengah cawan amping
  • 1.7 mg sodium terkandung pada segenggam kacang tanah biasa (tidak bergaram)
  • 1.2 mg sodium terkandung pada sebiji pisang (ukuran sederhana)

Awda boleh mengawal pengambilan garam yang berlebihan dengan:-

  • Memilih makanan segar dan tidak berproses
  • Memilih produk makanan yang mempunyai label pilihan lebih sihat
  • Memilih produk makanan kurang / rendah / tanpa garam
  • Mengurangkan pengambilan sup dan kuah yang masin
  • Mengelakkan makanan yang terlalu masin seperti ikan masin, telur masin, asam samboi, pelbagai jenis jeruk termasuk sambal nasi katok yang masin seperti nasi katok dotdotdot yang menjadi kegilaan orang ramai kerana rasa masinnya yang wow dan mantap hehehe.