Gadong dan Kiulap merupakan dua lokasi komersil yang sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Tidak hairan kenderaan selalu berpusu-pusu di kedua-dua lokasi ini.
Masalah utamanya ialah faktor keselamatan pejalan kaki yang perlu menjadi perhatian. Kita sering melihat pejalan kaki terpaksa melintasi lebuhraya utama. Ianya sangat berbahaya bagi pejalan kaki kerana kenderaan melintasi lebuh raya dengan kelajuan tinggi dan boleh mengundang kemalangan.
Kerajaan sememangnya telah menyediakan laluan pejalan kaki di sepanjang tepi jalan. Cuma saja, tiada akses selamat untuk pejalan kaki menyeberangi jalan utama dari Kiulap ke Gadong atau sebaliknya.
Pejalan kaki hanya mempunyai pilihan untuk melalui pusing keliling Jame ‘Asr atau Jejambat Gadong jika ingin selamat dan mengurangkan risiko kemalangan ketika menyeberangi jalan. Namun, ia agak sedikit jauh dan memakan masa.
Masalah Akses Pejalan Kaki Menyeberangi Jalan Kiulap-Gadong
1 minit
