Simon Cowell yang merupakan juri tetap America’s Got Talent akan berehat seketika selama dua minggu daripada kerusi juri AGT atas sebab beliau akan menjalani prosedur pembedahan berkaitan belakang.
Belum ada pengesahan lagi siapakah yang bakal menggantikan beliau untuk sementara waktu.
AGT yang memasuki musim ke-21 masih lagi hangat dan menjadi tontonan ramai. Rancangan realiti ini dihoskan oleh Terry Crews dan juri-juri tetap yang lain iaitu Howie Mandel, Sofia Vergara dan Mel B.
