Late Entry GCE O Level dan IGCSE bagi Okt/Nov 2026 Dibuka

1 minit
66 words

Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam kini membukakan peluang kepada calon-calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan International General Certificate Secondary Education bagi sesi Oktober/November 2026 untuk membuat pendaftaran Late Entry.

Tempoh pendaftaran akan dibuka hingga 2 September 2026.

Maklumat lanjut bolehlah didapati melalui laman sesawang kementerian berkenaan atau ke kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.