Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dengan rahmat dan izin-Nya juga telah sempurna berlangsung perkahwinan antara ibu saudara (adik kepada ibu) bersama dengan pasangan pilihannya. Majlis berlangsung di Kampong Sungai Paku, Telisai, Daerah Tutong.

Pada mulanya kami sekeluarga berkumpul di rumah bapa saudara di Perumahan Negara Kampong Mengkubau. Kami mula bertolak secara beriringan selepas selesai solat Fardhu Juma’at dan tiba di lokasi sekitar satu jam.
Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang dirancang. Sambil para jemputan menikmati juadah yang disediakan, mana-mana para jemputan dialu-alukan untuk berziarah dengan pengantin dan diselajurkan dengan adat basuh kaki, suatu adat yang masih lagi dikekalkan sehingga kini oleh orang Tutong.
Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya cuba untuk melaksanakan adat basuh kaki pengantin. Oleh kerana belum mengetahui tatacaranya, saya mempersilakan bapa saudara untuk terlebih dahulu melaksanakan basuh kaki. Kemudian, saya mengikuti tatacaranya.
Apa-apapun, tahniah kepada ibu saudara Dayang Aini kerana telah menjadi pengantin baru. Kita semua mendoakan agar pengantin baru ini dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa dalam lindungan Allah.
