Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang hari ini, Khamis, 4 Jun 2026 telah menyampaikan Titah Perutusan Khas sempena Rombakan dan Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri yang baharu tahun 2026.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan memegang portfolio sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.
Paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan berperanan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan akan mengekalkan peranannya sebagai Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri di samping meneruskan kerjayanya dalam bidang ketenteraan. Duli Yang Teramat Mulia juga akan memainkan peranan aktif dalam Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 khususnya memacu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara melalui hubungan diplomatik, kerjasama strategik dan pelaburan antarabangsa.
Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan ll.
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi dan dilantik menjadi Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam).
Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran).
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri Kewangan ll dan bertanggungjawab untuk menerajui portfolio pelaburan di dalam dan luar negara dan mengawasi prestasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ll.
Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar sebagai Menteri Kesihatan.
Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid sebagai Menteri Pembangunan.
Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh sebagai Menteri Pendidikan.
Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Pelantikan ini akan berkuat kuasa pada hari Khamis, 4 Jun 2026 bagi tempoh selama empat tahun.